yuhuu~~~

ehehe, skrg Buchuk kembali menulis setelah sekian lama Buchuk berhibernasi di bilik kecil Tuan Buchuk yang kedap udara ni :D

skrg tiba2 terasa nak mengarang balik, gatal btoi jari jemari Buchuk ni nak menulis. Buchuk tau, mungkin tiada siapa yang perasan tentang post baru kat sini, tp Buchuk tak kesah, janji Buchuk tulis.. dengan menulis, Buchuk dapat gunakan otak yang sekian lama berkarat ni.. isk2…

Buchuk akan follow Tuan Buchuk balik Malaysia 2hb 7 nanti, mungkin di sana Buchuk boleh dapat byk info2 dan juga idea utk menulis, buat permulaan hari ni.. mungkin setakat ni dulu.. ada idea lagi, Buchuk akan menulis, mengarang, dan akan merepek seberapa banyak yang boleh.. :D

Image00001

i'm back

Sedar tak sedar, tak lama lagi Syawal akan menjelma. Menandakan yang bulan Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita semua. Ramadhan merupakan satu bulan yang teramat istimewa, di mana setiap amal kebaikan akan dilipat gandakan, dan merupakan bulan yang mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu malam lailatulqadar. Sayang sekali kalau umat Islam terlepas peluang untuk beramal di malam yang penuh keberkatan itu. Buchuk harap, Tuan Buchuk dapat bertemu ngan malam lailatulqadar tersebut.

Tuan Buchuk asyik terbayang2, bagaimana suasana berpuasa di rumahnya kat kampung itu. Sudah lama benor dia tidak berpuasa bersama pemily, tidak dapat pergi ke bazaar Ramadhan, bermain mercun bersama adik2. Dulu time kecik2, Tuan Bucuhk gemor benar bermain mercun, biasa ah kan, budak2.. hehe.. Buchuk rasa semua budak pon suke bermain mercun dan bunga api. Kalau ada budak yang tak gemor main tu, tandanye tak normal :D ( pendapat peribadi Buchuk sahaja, bukan fakta ).

Tapi yang tak berapa best, jenis budak2 yang kreatif melampau2 yang suke modified mercun tu, nak kasi bunyi lagi kuat katanya, or budak yang sedikit senget pemikirannye yang suke bakar sumbu mercun tp mercun still ada kat tgn.. ilang akal ke ape??? Bagi Tuan Buchuk, kalau langkah2 keselamatan diambil kira time main mercun tu, rasanya takda masalah.Di sampai ngan pemantauan org dewasa. Dulu kecik2 time main mercun, kalau tak ayah Tuan Buchuk yang teman, pakcik2 or sedara2 or org2 besar ada sama. Main bersama2. Andaikata Tuan Buchuk ada kat Malaysia skrg, kat kampung, Buchuk yakin dia akan teman adik2 dia main mercun, and dia akan bertanggungjawab utk bakar sumbu tu. Hohoho….

OK ah.. sampai sini dulu.. Nanti Buchuk akan sambung balik.. ^^

Sukar rupanya nak mencetuskan idea utk menulis ni. Camne agak2 nya penulis2 novel cari idea ek? Buchuk rasa da tak tau pe nak tulis. Skrg ni pon Buchuk tak tido lagi sebab temankn Tuan Buchuk nak masak sahur, tomyam simple je. Malas rasa nak masak sedap2 utk sahur ni. Hehe…

Tuan Buchuk lak tak tido lagi cuz tgh tunggu awek dia online. Tu pon kalau online ah. Kalau tak, Tuan Buchuk akan teruskan aktiviti memasak beliau.

Skrg dah bulan 9, tak lama agi bulan 10.. dah nak sampai penhujung tahun 2008. Tak sangka, masa cepat sangat berlalu. Dengan kata lain, member2 Tuan Buchuk yang final year tahun ni, tak lama ag akan meninggalkan Korea, ngan degree masing untuk meneruskan hikayat hidup diorang. Selamat jalan pada sumer…

Tuan Buchuk takleh nak imagine, camne perasaan dia nanti biler member2 dia yang ramai tu lambai2 dia kat airport.. nak tinggalkan Korea. Sedey? Happy utk member yang dah tak payah dok kat Korea lagi? Hurm, maybe bercampur aduk kot nanti. Kita tgk sape yang leleh air mata nanti. Hehehe…kita tunggu…~~~

Sudah sekian lama juga Buchuk tak menulis. Tiada ape sangat nak dishare skrg, idea2 beku di kepala. Kalau nak tulis aktiviti Tuan Buchuk kat sini, rasa cam malas pon ada. Mana tak nye, menda sama je tiap2 hari.. bgn tido, gi kelas, balik kelas, tido.. huhuh…

Tapi, sebelom terlewat Buchuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Jangan buat2 lupe lak skrg tgh bulan ramadhan, wajib berpuasa bagi org2 yang berupaya. Kalau sakit tu takpe ah, jgn ngada2 buat2 sakit sudah…

Tuan Buchuk tak tido lagi pas sahur tadi. Mana taknye, dia tak berani nak lelap sbb kelas kul 9 pagi. Takut terlajak tido. Hari ni ( Khamis ) merupakan hari yang paling pack bagi Tuan Buchuk. Dari kul 9.00 a.m – 11.00 ada kelas, then rehat sejam and kelas seterusnye pukul 12.00 – 3.00 p.m pastu terus sambung dari kul 3.00 – 6.00 p.m. Hohoho.. padan muke beliau. :D

Rasanya sampai sini dulu, Buchuk da ngantuk teman Tuan Buchuk ni, rasa nak tido lak. Hehe.. Tuan Baby skrg sure tgh berdengkur ag ni. isk2.. dah ler makin bulat2 sejak balik mesia ni.. dah berapa kilo agaknye bertambah ek? k ah, arap Tuan Baby jaga diri lek lok, poser lek lok, jgn nakai2, n doakan kesejahteraan Tuan Buchuk selalu.

Jam da menunjukkan 10 pagi, n Tuan Buchuk still tak tido lagi dari semalam. Mana taknye, dia dok bertungkus lumus menyiapkan essei yang perlu dihantar hari ni. Nasib baik sempat siap, kalau tak haru gak. Dengan tersiapnye essei tu, maka Tuan Buchuk secara officiallynye ah, tinggal 1 lagi kerja yang perlu dia siapkan, iaitu tugasan subject webprogramming…

Tuan Buchuk tak nak fikir sangat ttg kerja tu, sbb bagi dia, asalkan siap je.. bukan ape, badan and jasad Tuan Buchuk kat Korea ni, tp paler otak dia, jiwa raga dia da berada kat Malaysia. Dah berapa malam dia dok mimpikan Malaysia. Hihi.. rindu sakan mamat tu kat kampung halaman, ingatkan da hampir 5 tahun lebey berada kat korea, da takda penyakit homesick ni, tp ada lagi. Isk2.. manja btoi Tuan Buchuk ni….

Tuan Buchuk still tak plan ape2 utk dibuat time kat malaysia nnti. Maybe melepak kat rumah, and kalau ada masa, gi dating ngan awek dia. Maybe setiap ahad and rabu Tuan Buchuk akan ke KT utk g date.. agak penat disitu gak, tp, awek punyer pasai, Tuan Buchuk sanggup redah… hehehe…

Apo yang pasti, time kat Malaysia nnti, Tuan Buchuk da nekad nak makan sbyk yang mungkin. Bagi Tuan Buchuk, Malaysia adalah syurga makanan. Hoho…but, mampukah Tuan Buchuk nak makan sumer makanan yang dia listkan tu??? Mana taknye.. harga makanan da makin hari makin naik.. nasi kosong lauk ikan keli goreng da 7 ringgit.. isk2.. dasatnye..nnti dating bawak bekal sendiri ah dari rumah.. senang.. huhuhuhu…

Next Page »