Bila kita buat salah, ape perlu kita buat? Diam? Buat2 tak tahu? Tak mengaku kesalahan? Atau salahkn org lain? Mana option yang org selalu amik? Oh ya, Buchuk lupe nak letak satu lagi option.. memohon maaf atas kesalahan tersebut….

Manusia biasa tak mungkin terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Manusia biasa tidak sempurna, musti ada cacat, musti ada kekurangan. Biler melakukan kesalahan, perbetoikan kesalahan tersebut. Kaji balik, fikir dan muhasabah diri, mana silap kita, mengapa kita lakukan kesalahan tersebut? Jangan kita terus menerus melakukan kesilapan yang sama. Berpegang lah pada pepatah, pisang tidakkan berbuah dua kali.

Jika bersalah terhadap org lain, cepat2 lah memohon kemaafan.. jgn biarkan hidup kita ni pernuh dgn dosa akibat kesalahan kita terhadap org lain n org tu tidak memaafkn kita. Buatlah macammana pon agar kita mendapat kemaafan dan keampunan dari org tersebut. Jangan nak tunggu Hari Raya je baru nak minta maaf.. tu pon blom tentu ikhlas minta maaf sbb ungkapan ‘maaf zahir dan batin’ sudah menjadi satu adat dalam budaya kita di stiap kali Hari Raya.

Jika org bersalah terhadap kita, cubalah memaafkn mereka… sepahit mana pon kekejaman, umpat keji mereka terhadap kita.. bersabar lah.. dalam Islam sendiri mengajar kita supaya memaafkn kesalahan org lain…mengajar kita supaya bersabar kerana ‘Sabar itu sebahagian daripada Iman’ . Maafkn mereka dgn ikhlas.. dan senyuman..lapangkn dada..anggaplah kesalahan2 yang dilakukan oleh mereka tu disebabkan oleh ketidaksempurnaan mereka..kekurangan mereka…Buchuk nak cakap panjang lebar pon tak reti juga.. tp.. cubalah menjadi seorang yang pemaaf….

Bagi yang bersalah, jgn pula mengambil kesempatan atas sikap pemaaf org lain. Jangan kita cakap “takpe, dia takkan marah punyer..” lalu kita buat lagi kesalahan tersebut …kena ingat… semua org manusia biasa.. tak semua leh tahan marah lama2.. sekali meletup, korang juga yang naya…

So, ape agaknya langkah utk kita tidak mengulangi kesalahan yang sama??? Bolehkah kita janji supaya tak ulang ag kesalahan tersebut?? Ada cara tak agaknye ek? Seperti yang Buchuk cakap tadi, muhasabah diri.. sukar sangat ke nak muhasabah? atau tiada masa utk fikir ttg silap diri sendiri? Tepuk dada tanya selera.. memasing ada citarasa memasing…

Akhir kata… Buchuk mewakili Tuan Buchuk.. memohon maaf pada semua yang tersinggung, terasa or marah terhadap setiap kesilapan yang Tuan Buchuk lakukan.. Tuan Buchuk mmg camtu skit… selalu buat salah… tak reti nak muhasabah gamaknya.. Buchuk harap, agar setiap kesalahan Tuan Buchuk lakukan .. dimaafkn.. Harapnye juga supaya Tuan Buchuk dapat memohon maaf secara personal terhadap mereka2 yang terlibat.. Tuan Buchuk sedar.. dia byk buat salah… Maafkn Tuan Buchuk ….